Friday, July 1, 2011

Belajar menjahit baju ...

Assalamualaikum !

Buat entry ni pun sebab cik Salsabila mintak. So nak kongsi lah sikit. Kebanyakan baju kurung yang dijahit ni banyak dibantu oleh makcik dan along.

along - potong kain. mcm biasa seperti yang dah dimaklum. aku memang kurang expert bab potong - potong kain. kalau potong kertas boleh. heh

bik im (makcik) - kenapa BIKaka BIBIK?? bibik baru rumah ni ke? ohh tidak.. tidak.. bik im ni panggilan orang jawa. oleh kerana dia adalah adik umi maka kalau panggilan makcik adalah bibik. dan kalau pakcik paman atau dipanggil wak.

bik im 'orang kuat' dalam menjahit. dia kene duduk sebelah baru rasa ada 'back up'.. yelah sikit2 'alamak, bik im..' , 'alaa bik im cmne ni??' huhu. lagipun bik im dah pernah jahit dulu2 .. kira lebih expert berbanding aku muehehe..

eh eh banyak pulak ceghita. tengok jelah gambar bawah ni..

- gigih tau tangkap ni. tangkap gambar terus masuk dalam post :D terima kasih camera umi!

- sorrylah gambar kecik . tapi utk tumbesaran yang lebih sehat. click je pada gambar tersebut! :)

ni baju angah (baju hijau) dan baju makcik - bikjah (baju pink)

ni bahagian leher. dah siap butang dan mata lalat :) *ni bukan aku jahit. tapi bik im jahit.

bahagian pergelangan tangan. ni namanya jahitan silang pangkah. *ni pun bukan aku jahit. hehehe

ni bahagian leher sebelah dalam.

ni kain baju bik jah.


ni baju bikjah.

done! kebanyakan baju bikjah ni bik im yang buat. hehe aku? ohh aku buat bahagian leher dan baju. sikit2 :p thx bik im!

ehh.. sebelum nak masuk ke segmenbaju angah (tiba2 segmen weh!!? haha!) nak tanya baju ni macam kain langsir tak??? sebab angah temok cakap macam kain langsir . tapi bila dah jadi baju macam bukan langsir tapi mcm baju!

ok ok layan~

baju angah dah siap. cuma bahagian bawah baju kene ratakan sikit. dan silang pangkah.

ni pula bahagian pergelangan tangan. bahagian tangan kene lipat sikit untuk dijahit silang pangkah *seperti gambar baju bikjah di bhgn pergelangan tangan

ni lis baju. lis baju bik im buat. huhu. aku buat pastu bukak balik. dekat 3 kali aku buat tak jadi2. bik im pun sama. tapi bik im buat jadi pulak. hehe

ni bahagian leher. bahagian leher saya buat ^__^" hee *tapi bahagian leher tak siap lagi. belum letak butang dan jahit sikit lagi..

ni kain baju angah. *apesal gambar kain ni mcm buruk?? -.-'


* Tak silap aku lah kan baju angah ni baju ke 7 aku jahit . alah tu pun dibantu oleh bik im. baju pertama baju aku cotton jgk. dan baju tu dijahit di rumah kak wa (sepupu)

* Bagi aku baju jubah lagi senang berbanding baju kurung. sebabnya baju kurung ada kain. saya memang bermasalah dalam menjahit kain. muehe. baju jubah jahit teruss je. mudah sikit! (part getah kat pinggang tu payah lahh -.-)

* dah masuk bulan 7!!! :D

okey bye! Salam :)


No comments: