Sunday, July 3, 2011

Happy birthday umi !


Ummi,
yang melahirkan aku
yang menjaga aku dari bayi sehingga kini
yang memberi makan minum
yang memberi pakaian yang selesa
yang membesarkan aku

Ummi,
yang tahu segala karenah aku

Ummi..
Yang tahu segalaaaaa galanyaaa tentang kami ber empat!
along
angah
acik
dah piah

tapi kini
Ummi,
MESTI lebih tabah
MESTI lebih cekal
MESTI lebih kuat

Ummi,
Dia bagi kita ujian
sebab Dia sayang kat kita
Dia bagi ujian di dunia
belum lagi di akhirat
yang mana kita tahu
lebih pedih
lebih perit
lebih syadid!
kalau hendak difikirkan oleh akal kita yang terbatas ini



,
" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari,

DIA datangkan hujan petir.

Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari,






rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "

ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha....

Ummi,
LOVE YOU!

^___^

* Maaf, post agak jiwang . tapi entry ni khas untuk ummi.
* Maaf, post agak kurang matang. tapi ini lah Asma' :) insyaallah akan lebih matang satu hari nanti. doakan.
* Maaf, itu ayat yang keluar sendiri tanpa copy dari mana-mana blog. dan sorry kalau kurang sedap . (kecuali ayat ada gambar matahari dan pelangi - ini ayat heliza helmi dalam filem syurga cinta )

p/s : Jaga umi korang baik baik tauu! :)
bye. Salam

5 comments:

nusaibah said...

wow!
i don't know that u can be a poet :D
nice though..the words

Asma' said...

banyaklah kauu.
tak sedap la woi.
klo sdp bgos jgk. ehehe

fafafififufu said...

duduk rmh pun boleh jd sastrawan apa...

Maariah said...

semoga dipermudahkan ye:)

ummi mar said...

Acik...anak Ummi yang dikasihi sepenuh hati. Moga kasih kita kekal dari dunia hingga ke syurga...

Ummi doakan moga Acik terus tabah,sabar dan kuat dalam perjuagan menimba ilmu. Buat bekalan menghadapi ujian kehidupan yang masih panjang..

Ummi kini di fasa akhir suatu perjalanan. Doakan Ummi terus istiqamah dan berjaya hingga saat garisan penamat. Doakan moga Ummi diberi Allah, kesudahan yang baik di hujungnya.

Moga kita sekeluarga akan bersatu di dalam Jannah dalam keredhaanya jua...

Marilah kita terus berusaha agar terus menjadi hambaNya yang Menang dan beroleh bahagia serta kebaikan dunia dan akhirat...
saling bertolongan,berma'afan-ma'afan, bantu membantu serta berkasih sayang demi kejayaan menjadi Hamba Allah Yang Teguh Beriman...!!!

Aminn...

Love U tooo....