Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
"dan dari Allah kita datang dan daripadaNya kita dikembalikan"
tarik nafas paling dalam. lap air mata.
cukuplah menangis. umi dah dapat jumpa syurga dah. la tahzan innallaha ma'ana.
***
Umi,
seorang insan yang amat aku sayangi dan cintai
seorang murrabiah, kaunselor, motivasi, inspirasi, guru, isteri, ibu, ummi, cinta hati abah yang tak pernah berbelah bahagi
Ummi,
perjalanan hidup ummi sangat sukar bilamana ummi digelar seorang pesakit kanser payudara
umi lalui rintangan yang mencabar
dari satu rawatan ke rawatan yang lain
umi berlawan dengan penyakit
Ummi,
sejak beberapa minggu lepas
ummi sesak nafas
ummi bergantung pada mesin oksigen
sedih rasa hati bilamana ummi payah nak gerak
nak kesana ke mari
ummi sukakan pada bunga bunga, taman tepi rumah umi selalu jenguk
tapi bila ummi bergantung oksigen
pergerakan umi juga terhad
kesiannya ummi
walaupun pergerakan terhad
acik tengok ummi solat sunnat dhuha, witir, qiam tak tinggal pun
acik kagum sangat
ummi tadabbur quran
ummi baca buku tafsir
buku ilmiah dan quran serta hadis
tak tinggal walau payah bergerak dan sukar bernafas!
Ummi,
sejak ummi pakai mesin oksigen tu
ummi dah tak naik ke tingkat atas
ummi kata ummi tak larat
ada sekali tu
ummi naik tingkat atas
tapi umi langkah satu persatu tangga
kemudian berhenti seketika
untuk hilangkan lelah dan penat
dan sambung semula sampai tiba ke bilik ummi
abahlah selalu paksa ummi naik juga. hehe
Ummi,
acik ingat lagi
acik pernah jaga umi teman umi kat hospital
seronok sangat
lagi lagi part habiskan makanan kat ummi
hehe
ummi selalu makan tak habis
suruh ummi habiskan juga tapi umi kata makanlah sekali
hehe umi ummi
pastu tidur sebelah ummi waktu kat hospital
pastu nurse datang nurse tanya mana satu pesakitnya hehe
rindu!
Ummi,
acik ingat lagi
raut wajah umi
pelukan umi
renungan umi
nasihat umi
gelak tawa umi
senda gurau umi
senyuman umi
teguran umi
sentuhan umi
segalanya!
semua terpahat di hati
tertanam dalam kotak memori
Ummi,
selalu bagi kata kata semangat
walaupun umi dalam kesakitan yang dahsyat yg tiada pengubat
dan aku yg manja dahagakan kasih sayang seorang ibu
selalu nakkan motivasi buat pengubat diri
selalu juga menegur ummi dengan wajah yg ceria dgn intonasi bahasa yg gembira
namun kadang aku berduka namun aku cover
tapi umi tau apa sebenarnya yang terbuku
hebat hati seorang ibu
Ummi,
rasa macam mimpi
macam baru semalam umi panggil acik
macam baru semalam umi senyum senda gurau
macam baru semalam pegang pipi umi cium umi peluk umi
lembut. pipi umi tangan umi lembut sangat. kalah pipi acik hehe
macam baru semalam urut kaki umi.
tapi tu semalam
semalam itu semalam.
yang kini sudah berlalu
seudah tiada lagi rasa semua itu.
Rabu.
3 Disember 2014
7.45 PM
air mata aku mengalir deras
seperti tak nak berhenti
laju sangat mengalir!
ummi disahkan kembali ke pangkuan Ilahi
rasa macam tak percaya!
bukan ke tadi ummi tidur?
ummi berusaha untuk bernafas sebelum tu
walaupun dah pakai oksigen seperti tidak cukup
ummi bernafas melalui mulut
aku sempat bisik di telinga umi
"ummi, sebut Allah. La Ilaha Illallah!"
berulang kali aku ajarkan umi
yasin dibaca oleh along angah abah bang ngah bang long bikjah bik im
seluruh ahli rumah yang berada di sisi umi ketika itu
aku yang mana ketika itu keuzuran
aku sempat berbisik pada umi
umi tercungap2 menyebut kalimah 'Allah! Allah! Allah!'
moga apa yang keluar dari bibir umi itu adalah kalimah Allah itu
sewaktu azan maghrib
kata bang ngah dia dengar seperti umi menjawab azan
Allahu.
seusai habis azan tepat jam 7.45 pm
nafas ummi berhenti
Doktor mengesahkan ummi dah tiada
waktu itu hati seperti nak jatuh ke tanah
seperti tidak bermaya
seperti berita itu mustahil
mimpi ke semua ini??
"ummi tidur ni, jap lagi ummi bangun laa" bisik hati kecil
tapi tak. ummi tak bangun. ummi terus tidur mata umi tertutup. tenang.
maka benarlah berita itu
kalaulah benar umi dah tiada
rehatkanlah umi selamanya
rehat umi yang abadi
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..
Ummi,
tadi terakhir kalinya mandikan ummi
pakaikan pakaian cantik putih pada umi
sentuh kulit umi
cium umi dahi pipi di setiap sudut aku cium
taknak ketinggalan satu pun
muka umi tersenyum tenang.
aku yakin ummi dapat syurga firdausi
ummi tenanglah di sana
satu hari kita kan bersama
mencapai syurga yg dicita
Ummi,
rasa macam semalam baru bertemu
kini rindu yg amat rasanya
biasa rindu boleh cium boleh peluk boleh whatsapp boleh facebook
tapi tu dulu, hari ni lain. tak sama. hati ini meronta!
Ummi,
rindu ini akan acik selitkan dalam doa acik
utk insan yang bernama ummi
yg amat aku sayangi
Ummi,
tiada seorang dapat tukar ganti dirimu
akhlaqmu, perjuangan dakwahmu, kesungguhanmu, kecekalanmu,
Ummi,
hati ini rindu sangat pada ummi!
kenapa umi dah pergi?
sebab Allah lebih sayang ummi.
kuatkan hati, cekalkan hati, tabahkan jiwa!
-Al Fatihah
Al Marhumah Hajjah Siti Marhamah binti Hajjah Habsah.
Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu 'anha
orang yang paling suka selfie hihi. dan gambar selfie paling cantik yg ni. umi cantik rindunya!
4 comments:
puisi yg indah dari hati seorang anak kepada umminya...Asma'...kita sebagai seorang kawan,hanya dpat berkata supaya awk dikuatkn hati dan jiwa....semoga arwah bersama orang2 yg soleh...ameen ya rabb....
kite nk tngok asma' yg sering dan sentiasa ceria....
Jiwa mana xterusik dgan kasih ibu,
Jiwa mna yg xgentar dngn pelukan ibu,
Masakan sama kasih ibu dengan kasih manusia lain,
Manakan sama pelukan ibu yg penuh kelembutan berbnding pelukan kawan2...
Ibu... Kau pergi meninggalkan mutiara,
Mutiara ini akan bersinar selapas kau gilap,
Mutiara ini akan terus menerus berjuang..
Sehingga menjadi srikandi ummah pilihan...
asma', stay strong asma'. Allah lebih syg umi awak :')
Subhanallah, sgt menyentuh..
Insyaallah asma', doa anak-anak yang solehah akn mengiringi ummi hingga ke syurga
Moga kita bertemu di syurga, duhai Ummi Asma'
Post a Comment