dua ribu dua belas.
memang banyak kenangan
banyak kisah cerita dan ragam
masin, pahit, masam, payau, manis
semua rasa ada
semua rasa itu menjadi satu
bila yang satu itu
kau kena tempuhi
dari bulan ke bulan
dari mingu ke minggu
dari hari ke hari
dari jam ke jam
dari minit ke minit
dari saat ke saat
hingga pada saat ini
ia bagai satu tangga yang tinggi dan curam
kau sedang mendaki dgn lelah dan payah
tapi kau tabah kau sabar sebab kau tahu
setiap dugaan pasti ada jalan
dan kau tahu
itulah ujian hidup
dua ribu dua belas.
kau mengajar aku erti kehidupan
yang mana sebagai
anak kepada umi dan abah
pelajar siswi universiti
sahabat kepada sahabat dan rakan rakan seperjuangan
pemimpin kepada yg dipimpin
dan yang paling utama
sebagai hamba Allah
dua ribu dua belas
hidup sebagai manusia itu ada tugasnya
tugas yang mana Dia suruh kita buat, maka kita wajib buat
kalau kita engkar, ada balasannya
tak di sini, di sana.
tapi
apa kau sudah buat segala tugas itu dgn sempurna?
apa kau telah patuh semuanya?
itulah manusia
jatuh dan bangun itu lumrah dunia
lebih lebih lagi manusia
bila kau rasa iman itu sudah capai tahap tinggi darjatnya seperti pijak semut tak mati
apa kau ingat
kau sudah cukup bagus
untuk kata "aku terbaik", begitu?
untuk kata "ah! takde siapa boleh kalahkan aku", begitu?
terus kau pandang orang lain sebelah mata, begitu?
jangan.
kau kena ingat. ada makhluk Allah lain bersama kita. bukan kita seorang pada masa kau berfikiran begitu.
sekali... bam! iman kau jatuh.
kata kata dan pemikiran kau tadi tu
sia sia
perasan lebeyh lah bro!
kan, susah kan nak jaga iman.
kita bukan malaikat bro.
tapi jangan itu jadikan alasan.
iman memang tak dapat diwarisi bak kata kumpulan nasyid tanah air.
tapi kau wajib jaga
bila kau tau iman kau naik superpower
kau wajib jaga
mujahadah
tajdid niat
memang payah
tapi kau kena tahu
ia pahit tapi manis penghujungnya.
kau tak percaya kau tengok nanti
bila di sanaa
dan bila iman kau merudum jatuh terjelopok di atas tanah
kau kena cari
jalan penyelesaian
bukan terus tenggelam
tenggelam sekali kau kena cari bahan utk kau bernafas
jangan pasrah
usaha.
usaha dan usaha.
dua ribu dua belas.
lagi beberapa minit akan masuk dua ribu tiga belas
kita tutup tirai yang lepas
kita buka lembaran baru
yang lalu biarkan ia berlalu
yang kini kau lalui dengan semangat yang baru
ah teringat kumpulan hammasah!
insya Allah
by the way,
doakan final exam sem 3 saya dan kawan kawan
dan
bittaufiq wannajah to all USIMian ;)
psst : sebenarnya itu bukan poem, bukan sajak, bukan pantun, bukan syair dan bukan apa apa. itu sebenarnya luahan hati dari saya untuk saya sendiri yang dah lalui tahun 2012 yang pelbagai kisah dan ragam. untuk dijadikan iktibar dan pedoman untuk korang tempuhi untuk tahun 2013 ini. topup yang baik baik. delete yang jahat jahat. ;)
psst : ehem, lagi sehari dan lusa kau periksa. gambatteh pada diri sendiri! hee ;)
sekian.
00.00 a.m - happy new year 2013!
di rumah klang, selangor ;)
1 comment:
Salam,
saya nak join usrah juga boleh ke?
Post a Comment