Monday, July 8, 2013

Walimah perkahwinan Along & Angah (:

Assalamualaikum, 

Semalam telah berlangsung majlis perkahwinan along dan angah, 7 Julai 2013, di Dewan Jubli SUK, Selangor. Hari tu angah nikah 14 Jun 2013 . Along pulak nikah minggu sebelumnya lagi. Angah nikah time tu minggu exam kot! huhu. nasib baik esok nya tak exam.

Alhamdulillah tsummalhamdulillah.. majlis berjalan sangat lancar dan meriah! 

***

Seriously, malam sebelum berlangsung resepsi perasaan aku sgt berkecamuk. Sedih ada, takut ada, nerves ada, cuak ada, boleh kata macam macam ada. mana tak nya, Abah lantik aku dan makcik, bikjah jadi event manager. Ya Rabbi, penat dia tak payah kata lah kan, rasa macam nak demam. Mata masuk habuk! habuk banyak sangatt! 

But esoknya Alhamdulillah sebab everything going smooth and wonderful (: *sebab semalam nangis teruk jadi esoknya gembira pun teruk erk*

Pegang jawatan sbg event manager adalah first time dalam hidup. Kene bahagikan tugas pada cousin, ada yang tugas jaga parking, ada yang berqasidah, ada yang buat slide show, ada jaga doorgift, ada jaga duit sumbangan, ada juga jaga anak buah! haha 

Terima kasih banyak banyak semuaaa yang membantu event manager yeah! JZKK! :)

Dan kalau anda pernah lah kan pegang jawatan ini tahniah lah sbb sekurangnya anda ada pengalaman kann.. takde kot nak nangis teruk teruk macam aku he. 

So, jomlah tengok gambar di bawah ! (:


Me - Anis - Amni

Mula diorang call dah kata nak datang pukul 11.30 pagi. pastu time tu event manager buzy uols tgh running, flying semua dancing je tak :D ast last Anis call kata oklah diorg nak datang pukul 11.45 pagi pulak, lepas tu siap sesat haha kelakar dan kesian diorang, nasib baik sampai jugak. Thanks Anis dan Amni! rindu! last kita jumpa waktu open house rumah Amni kot! :)

baju ungu *kak Alang - usrahmate Angah di UIA - Angah - Bang Ngah - Bang Long - Along - Kak Pka  Chocotop *cute tak nama dia hehe, nama di FB he*

Pengantin sebenarnya sampai pukul 12 tengahari lagi, cuma tunggu family belah lelaki dan siap siap solat sume, tu yang lambat sikit, pukul 2 baru naik. Ramai tertunggu tunggu :)

Taujihat daripada Abah - sorry gambar agak kabur


Omnomnomnom - Makannn ! - At the centre meja ada udang besar gila ! huhu


Tiba masa potong kek 2 tingkat (: - cahaya nur menutupi muka pasangan pengantin muehe sorry!



Imam Gaza bersama Abah dan Presiden Ikram (: - Siap buat persembahan kat pentas, itu yg menarik! 


Cousin belah umi (: weeeee!


Along with me :) 


Along with mak cik - bik Im


Selesainya majlis, alhamdulillah. Lega :) 

Minta maaf kalau ada yang kawan kawan saya yang tak diajak, sebab tgok invitation umi, abah, along dan angah mcm dah ramai, jadi dahulukan mereka dahulu. lagi pun anak - anak kawan umi abah juga kawan angah adalah kebanyakan kawan saya jugak. tu yang tak ajak sangat.

Terima Kasih banyak banyak, Jazakillahu khairan kathira kpd yang hadir ke majlis, yang membuat persembahan, yang membantu dari segi tenaga, kewangan dan masa, Semoga Allah membalas jasa kalian setimpal dgn apa sumbangan yg kalian berikan :) 

*rasa awkward pulak ucapan ni hee. tq lah eyhh :)



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan :)


InsyaAllah Ramadhan dah tiba! Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem :) Malam ni dah boleh mula solat Tarawikh. Macam mane dah bersedia? Bersedia atau tidak Dia akan datang juga maka bersiap sedia dan bersiap siaga lah eyh :)

Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya. aminn (:

byee. Assalamualaikum !

*feeling awkward sebab lama gila tak update. -.-' :) byeeeee :D*


No comments: