Monday, December 22, 2014

perasaan itu..

Bismillah..

Sudah masuk minggu ke dua ketiadaan dia yg aku sayang, ummi. 

sekejapnya masa berlalu.

rindu tak pernah hilang. boleh kata setiap detik jam perasaan itu sentiasa ada. sentiasa. tak pernah pudar.

dulu.

aku tak rasa kehilangan. kehilangan seorang insan dan nyawa yang amat dekat dan akrab dengan diri aku.

mungkin ada. 

kehilangan kucing yang bernama ciko dan labu. aku ingat lagi. kehilangan cinta hati dua ekor kucing itu. aku dan kakakku bawa cinta hati aku ke kedai makan kerana kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru iaitu rumah sekarang.

bagi aku kehilangan itu amat aku rasai.

apatah lagi kehilangan yang ini. amat sangat terkesan.

kalau dulu. ada kawan kehilangan ibu atau bapa kita mudah memberi ucapan 'awak, takziah. moga kuat. Allah sayang dia'. tapi bilamana kita sendiri merasai kehilangan itu. 

perasaan itu lain.

lain sangat. 

ibu kita. ummi kita. dia lah wajah pertama kita tatap waktu lahir. dia melahirkan kita. 

***

ummi, dah dekat seminggu ummi tiada di sisi

kejapnya rasa.

biasa nak dekat exam minta ummi doakan.

'doa ibu itu ada keberkatan'

tapi sekarang nak minta keberkatan tu kat siapa? hihi. ^^

***

Hargai ibu selagi ada. even ibu tu sakit dan suka membebel ke kat korang ingatlah. kalau dia sakit dia tak mampu bercakap dgn korang itu adalah sesuatu yang sedih sangat. dan membebel dan suruh itu ini dan itu adalah perkara paling happy dalam hidup dan itulah nikmat sebenarnya. jaga ummi korang elok elok eh ^^

pesanan dari anak yg ketiadaan ibu.

peluk kuat kuat

cium sepenuh hati dan jiwa

dan bisik kat telinga ummi cakap camni

'ummi, saya saaaaaaayang ummi sangat!'

^^

No comments: