Bismillah,
Perhimpunan yang dikatakan haram. Part mana yang haram? Khabarkan!
Tahun lepas aku turut mengikuti perhimpunan ini; Bersih 3.0. Tetapi cerita tahun lepas berlainan sedikit daripada cerita tahun ini. Cerita tahun lepas agak luar biasa. Untuk pertama kali dalam hidup mata aku terkena gas pemedih mata. Pedih! Pedihnya seperti pasir masuk ke dalam mata. Waktu itu, masing-masing lari bertempiaran mencari tempat perlindungan. Masing masing mengeluarkan garam dan air untuk disapukan pada mata. Aku, mak cik (kini mama) dan kakak kedua (angah), kami lari bersama-sama menyelamatkan diri ke masjid Jamek. Waktu itu mata aku sudah berair tidak berhenti mengalir! Pedih hanya Allah sahaja yg tahu! "Ya Allah, aku tak tahu pedih macam ni rupanya", sambil mengesat mata yang berair. Khabarku pada mama dan angah.
Bagaimanalah peritnya rakyat palestin yg dihujani bom bertalu-talu sehingga hancur dan luka seluruh atau sebahagian anggota badan mereka oleh tentera kejam Israel laknatullah, tapi aku, baru gas pemedih mata sudah merintih sakit! Kuatnya tarbiyah yang Allah beri pada mereka berbanding aku pada waktu itu!
Setelah beberapa minit kemudian, pedih pada mata beransur pulih. Mata aku kemerahan menahan sakit.
Aku melihat suasana di sekeliling aku seperti kabus kelabu kesan daripada tembakan gas pemedih mata itu. Kelihatan juga kanak-kanak baya baya sekolah menengah terlentang sakit akibat gas pemedih mata dan tidak lupa juga kelihatan beberapa polis mengejar seorang lelaki sambil memegang sebatang kayu seperti batang pemukul besbol. Lagaknya serupa seperti watak di kaca tv!
Itulah sebahagian cerita dan suasana sewaktu bersih 3.0 pada tahun lepas. Namun untuk suasana bersih 4.0 tahun ini berlainan pula ceritanya.
Sebelum aku bertolak bersama mama dan abah, kami agak kurang kelengkapan. Kami terlupa membawa garam dan penutup mulut. Risau juga manalah tau ada gas pemedih mata atau air yg biasa fru pancutkan juga akan dibuat oleh polis juga utk bersih kali ni. Adakah sejarah itu akan berulang? Pelbagai persoalan dan kerisauan melanda diri.
Untuk kali ni aku pergi bersama abah dan mama. Kebetulan angah kerja dan along perlu menjaga uwaeis di rumah. Maklumlah sudah berkeluarga, masing-masing ada pengorbanan dan tanggungjawab mereka. Pagi itu, abah membawa kereta dan parking kereta di pejabat ikram di Serdang. Manakala, aku dan mama terpaksa separate dengan abah kerana abah akan berjalan bersama jkp ikram pusat menaiki ktm serdang dan bertolak ke Sogo secara berkumpulan. Aku dan mama meneruskan perjalanan kami ke ktm Serdang dan kami berhenti di ktm Kuala Lumpur.
Sebaik tiba sahaja daripada ktm, kami terlihat ramai yang memakai baju kuning iaitu tema baju bersih dan kebanyakan daripada mereka adalah daripada kaum cina. Sangat jelas gelombang 'kuning' itu, mereka sangat bersemangat! kagum dengan mereka! Lalu kami bergerak ke Masjid Negara untuk membuat segala persiapan sebelum berarak.
Selesai solat zohor, makan, aku dan mama terjumpa beberapa akhawat salah seorangnya Kak Syifa' daripada bangi. Dia sangat ramah dan mesra! Alhamdulillah untuk perkenalan ini.
Tepat jam 2 petang kami turun di perkarangan masjid negara. Waktu itu sudah kelihatan ramai yang telah mengenakan baju bersih yg berwarna kuning. Perasaan waktu itu sangat berkobar-kobar dan sangat bersemangat! Antara adun dan wakil wakil drpd GHB (Mat Sabu), DAP (Dyana Sofea) juga sempat berucap di hadapan khalayak ramai.
BERSIH! BERSIH!
UNDUR NAJIB!
Telah dilaungkan berulang-ulang kali bersama-sama oleh semua yang hadir pada waktu itu.
Selepas selesai ucapan, kami bersama-sama berarak ke laluan dataran merdeka tapi tidak boleh memasuki dataran merdeka kerana pihak penganjur telah membuat persiapan untuk sambutan merdeka di sana. Kami dilarang untuk menjejak kaki ke sana. Itulah sebahagian arahan daripada penganjur bersih.
Tiba di tempat berkumpul, terdengar arahan daripada Mat Sabu "SEMUA DIMINTA DUDUK-DUDUK, REHAT-REHAT, MINUM-MINUM, SANTAI-SANTAI!!!"
Dan di sana aku telah melihat karenah manusia yang pelbagai ragam dan tak kurang juga boleh menjentik hati:
1) Ada seorang pakcik yang sudah beruban, mengusung kerusi lipat, berjalan bersama kami, Kak Syifa' sempat menegur dan bertanya khabar dan asal daripada mana. Sebelum berpisah, dia tersenyum sambil berseloroh, "Adik, Pak cik do this for you and your generations.", Terkedu.
2) Aku meminta orang ramai menandatangani petisyen pembebasan anwar ibrahim. Tiba tiba ada seorang makcik ni bertanyakan kepadaku asal dan belajar di mana, dan sebelum pergi dia sempat memberi semangat. Katanya, "Bagus! Anak muda kena buat ini!"
3) Waktu masuk azan asar, orang Islam pula membentangkan lapik atau kain di tengah-tengah jalan tar dan menunaikan sembahyang asar secara berjemaah!
4) Ada yang menawarkan biskut kepada orang sebelah dan berkongsi makanan sambil beramah mesra tidak kira kaum dan agama. Sungguh, suasana yang tak dapat dilihat di tempat lain!
Dan pelbagai lagi.
Disebabkan aku pergi separuh hari sahaja maka aku tak dapat merasai sendiri bagaimana rasanya tidur beralaskan lapik di tengah-tengah jalan tar bertemankan lampu jalan dan awan gelap serta tidur beramai ramai tidak kira kaum dan agama.
Dan aku kira pada waktu inilah dakwah teori yang kita pelajari diterjemahkan kepada mereka melalui dakwah bil hal iaitu dengan nilai, praktikkan apa yang sudah dipelajari!
Aku kira jika niat dibetulkan sebelum datang ke bersih dan sudah ada target seorang mad'u untuk di 'tackle' pun aku kira dakwah itu sudah berjaya. Inilah waktunya! Bila lagi?
Sempat juga berjabat tangan dengan Nuha (salah seorang anak perempuan Dr Wan Azizah). Kelakar pula bila teringat balik.
Sedang semua sibuk berasak-asak; Dr Wan Azizah bersama anak-anaknya yang lain.
Sempat pula aku menegur,
"Hanaa!! Hai!!
"Haaii!", tersenyum.
Lalu kami pun berjabat tangan tapi tidak sempat untuk menangkap gambar bersama. Kebetulan ada seorang lelaki ingin menangkap gambar bersama Nuha maka sempat aku menangkap gambar mereka.
Lalu aku tunjukkan gambar itu pada mama, "Ma! ni, tadi tangkap gambar Hana!"
Mama jawab, "ni Nuha, bukan Hana"
Hahaha. Confident betul! Tapi kenapa dia pandang aku panggil Hana? hmm.
Muka adik beradik lebih kurang. Semua cantik, flawless dan tangan Nuha runcing! sempat lagi aku perhatikan dia! Haha. Selain itu, daripada tudung, baju, skirt dan beg juga kuning! Serta topi yang diletakkan head band bertulis bersih juga berwarna kuning lengkap. comel !
Waktu pun hampir senja, kami belum menunaikan solat asar lalu kami pulang ke Masjid Negara untuk rehat dan bila tiba azan maghrib kami menunaikan solat maghrib.
Kami terima mesej daripada group whatsApp rupanya abah sedang menyampaikan tazkirah pada waktu itu! Ruginya tak pergi! Tapi disebabkan waktu tidak mengizinkan dan risau takut pulang lewat, maka kami membuat keputusan untuk pulang ke ktm Kuala Lumpur dan berhenti di ktm Shah Alam.
Tiba di ktm Shah Alam kami mengambil teksi, kebetulan teksi itu baru menurunkan penumpang cepat cepat kami mengejar dan menahan teksi itu. Pak cik yang membawa kami seorang India. Rupa-rupanyanya dia dah lewat dan perlu pulang ke rumah segera. Tetapi disebabkan kami sudah menahan keretanya maka dia sanggup hantarkan kami pulang. Alhamdulillah Terima kasih banyak Uncle!
Pemandu teksi (uncle) sangat ramah. Dia menceritakan supaya hati-hati dengan teksi sekarang, macam-macam kejadian berlaku sekarang, dan rupa-rupanya dia juga nak ke perhimpunan bersih pada keesokan harinya. Kami memberitahu bahawa kami sebenarnya baru pulang daripada perhimpunan bersih itu juga.
Katanya "I suka Ambiga punya kata kata sama siapa yg melayu tu nasution?"
Mama "Oh, Saifuddin Nasution!"
Kata Uncle "Ya, dia! Bagus itu. Kalau yg lain tu kurang sikit!"
Sampai sahaja di rumah, mama hulurkan wang, dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menghantar kami pulang ke rumah dengan selamat.
Itulah sebahagian pengalaman aku dan mama seharian di perhimpunan #bersih4 yang kononnya dikatakan haram. Adakah yang dikatakan haramitu adalah bila bercampur antara semua kaum? dikatakan ada konspirasi dan sebagainya. Bukankah ini masanya untuk kita praktikkan dakwah bil hal kita kepada non-muslim?
Kita nak masuk syurga beramai-ramai, jadi kenapa kita tak nak ajak orang lain untuk masuk syurga? Syurga ni untuk orang baik baik sahaja ke? Syurga ni untuk awak yang bertudung labuh dan berketayap, bersongkok dan berserban sahajakah? Yang kafir; seperti Cina, India, Kristian, adakah mereka tidak layak untuk masuk syurga bersama kita?
Please, Jangan, jangan sempitkan pemikiran.
Sebenarnya, inilah waktunya, inilah masanya untuk kita sampaikan dakwah kepada orang ramai lebih-lebih lagi kepada non-muslim.
Lagi ramai kita tarik, lagi banyak kita dapat pahala, lagi ramai dapat masuk syurga!
Seronokkan masuk syurga ramai ramai? :)
Ingat, Islam itu bukan Ekslusif, untuk orang baik baik sahaja. Tapi Islam ini untuk semua. Tidak kaum dan agama.
*
InsyaAllah, moga memperoleh manfaat atas perkongsian kali ni.
"Spread da'wah wherever you are with your own creativity"
Assalamualaikum.
*Gambar credit kak Syifa' and Me :)
*Gambar credit kak Syifa' and Me :)
Mama with one of the chinese girl waktu tengah nak berarak ke dataran merdeka. Tulisan cina tu tak faham hihi
Aku tak sangka terjumpa bang long kat sini. Nampak kurus pulak aku tengok berbanding yang sebelah kanan hahah. taktaulah mata aku kabur ke apa ke kann.
Sebelum berarak, tangkap gambar dengan peserta bersih daripada Johor!
Jumpa akhawat Isun; Kak Hasnin! :)
I love the surrounding !
Head Band yang smart! Rm2 satu :)
Duduk-duduk, makan-makan, santai-santai. Waktu ni aku tengok ada orang bagi biskut kat orang sebelah dia. love it lah!
Bunga bersih hehe :)
Sebelum berarak.
Tuntutan bersih !
Cuaca yang baik. Kejap kejap panas kajap kejap dilitupi awan. Alhamdulillah.
Subhanallah!
Waktu berarak. Nampak menara tak? :)
Duduk-duduk, sembang-sembang
Sepanduk.
Nuha (Anak Dr Wan Azizah) yang serba kuning. Cantik sangat! Sebelah tu aku taktau siapa hee.
#Bersih4
:)
Mama and Me. Topeng muka, makcik Fauziah (tudung merah) bagi. jazakillah!
Pak cik yang gigih dan memberi inspirasi!
Me and Kak Syifa'.
Pakcik yg gigih itu dan Kak Syifa'.
Sepanduk yang 'rare' :)
No comments:
Post a Comment