Bismillahirrahmanirrahim (:
Since lama tak menulis, dan kejap private kejap public balik. hehe. and now it’s public! So, nak cerita sikit tentang percutian ke Pulau Perhentian Kecil bersama Family’s Bang Long dan Along.
Untuk suatu perjalanan like always, Asma’; dia akan jot down everything atas kertas apa nak bawak kat sana, apa nak pakai on the way ke sana, dah sampai sana, dan pakaian untuk balik ke rumah semula. dan persiapan itu macam prepare barang nak pergi jauhhh, lamaaa, hahaha. padahal 4 hari je. kihkih
dan paling kalut adalah untuk snorkeling kene pakai contact lens, no spectacles. huh. So, pergi kedai menara tempat buat cermin mata sekarang, dulu dan kini, semata2 untuk dapatkan contact lens. pergi hari selasa yang mana ‘it was late lah actually patut pergi awal mihmih’ tapi pergi je lah. dah pergi sana cek mata semua esoknya dia call for first call dia kata ‘stok xde’. like wehhhhhh nooooo T_T bagitau along aku tak nak pergi hahaha. mata kot kalau masuk air tak nampak ikan buat apa pergi macam tu kan baiklah duduk rumah je tengok ikan kat tv haha. and i was joke kat along ‘nanti masuk laut nampak ikan pinjam mata ikan lah. ha ha ha (hambar)’
and suddenly ada panggilan kedua drpd menara optometry kata ada stok tapi kurang jelas sikitlah. sebab power kanan aku 400 dan kiri 450. tapi guna power 400 utk kedua2 belah mata. haa tak kisahlah janji ada. untuk yang nak ada silau sekali tu yg mahal rm254. wehhh mahal kann. amende rm254 utk mata jeee. bye. hahah. so contact lens ambil yang power 400 utk kanan dan kiri mata. harga rm 124. haah mahal, along punya rm 80 tak silap urgh. ok by the way settled! next time nak beli yang colour coklat ahahaha first time ni natural duluu hihii
So trip ke Pulau Perhentian ni 14-17 Julai 2016 iaitu empat hari, daripada hari khamis hingga Ahad. Hilang gaji rm100 hahah tapi takpee sekali seumur hidup so bulan ni je kita pokai sikit hikhik.
Family bang long belah ayah drpd melaka. Mereka sangat rapat dan meriah! hehe bessttt sangat.
14 Julai 2016
Malam tu bang long dan along ambil kat rumah so malam tu tidur rumah along. So dalam pukul 11 pagi lebih dah siap2 gerak dari rumah along ke airport.
Sampai2 je airport pergi kat tempat food court tunggu cousin, family bang long semua. First time jumpa diorang sangat baik dan mesra. Mak pah dan anaknya dak amad, maksu dan paksu serta anak2nya 5 orang; anas, auni, afaf, abid, aniq. anak2 dia sangatttt cuteee dan jarak yang sangaaat dekat. (: next, mak non, dak syamir juga family banglong; mak, ayah, bang long, dak caca, dak atie, dak kira, dak amnah. First time nak beramah mesra. hehe.
Dalam pukul 1 lebih kot kami naik kapal terbang dan bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan..
Alhamdulillah kami tiba dengan selamat.
Tiba di airport, ada 2 buah van sedang menunggu kami. Sebelum ke jeti, kami singgah makan nasi kukus di gerai tepi jalan. Kami meneruskan perjalanan dan singgah ke kedai untuk beli berkotak2 air mineral besar dan roti burger yang banyak untuk diberi kepada ikan semasa snorkling nanti! Perjalanan diteruskan lagi dan van bergerak ke tempat jeti. Dalam perjalanan kami melihat pemandangan sekeliling di kanan dan kiri tingkap van. Ada lembu yang banyak di tengah2 padang rumput dan terdapat perkampungan penduduk kelantan di sepanjang perjalanan kami.
Tiba di jeti, kami menaiki bot untuk sampai Pulau Perhentian Kecil. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit. Dengan kelajuan bot menyebabkan angin yang sangat kuat dan mendamaikan. Pemandangan laut yang terbentang dan pulau yang sangat cantik. Subhanallah!
Selepas hampir 30 minit, pemandu bot menurunkan kami di pesisiran pulau kerana chalet kami berdekatan situ dan memerlukan kaki yang gagah untuk ke sana sebab sedikit jauh tapi berbaloi. hehe
Kami mengambil 6 buah chalet untuk kami tinggal bersama. Kami yang muda belia tinggal di tingkat atas sekali hahah penat naik tangga :p kalau dah naik tu payah nak turun tapi nasib baik jalan ke tempat makan tak jauh sangat cuma turun dalam 2 tingkat heee.
Kebetulan aku tinggal bersama dak atie, dak kira dengan dak caca, dak amad dengan dak syamir. Kami tinggal di tingkat paling atas. hahaha. Tapi kami agak beruntung sebab tingkat atas walaupun sangat tinggi tapi kami dapat melihat pemandangan pulau perhentian kecil yang sangat cantik subhanallah!
Ibarat pepatah ‘bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian’ haha. Bersusah berpenat naik tangga sampai ke tingkat tiga tapi berbaloi sebab dapat tengok pemandangan yang sangat cantik yang susah orang tingkat bawah nak tengok hehe.
Hari pertama kami hanya berehat, makan di tempat makan, dan pada malamnya kami berjalan jalan di persisiran pantai. Aktiviti malam hari di tepian pantai sangat lah tidak menyedapkan mata dan telinga juga hati. hiks. Ada beberapa kedai dibuka di tepi pantai ala ala candle light dinner dan suasana malam yang romantik. Tambahan pula, ada pertunjukan api yang agak mengagumkan. huhu. Sampai terfikir macammane keadaan tangan orang yang selalu buat pertunjukan api tu mesti banyak parut sebab kena api ahahaha. Tapi yang tak bestnya perempuan pun ada yang membuat persembahan dgn pakaian yg agak tidak menyedapkan mata. Sedih dengan persekitaran begini. hemm
Habis berjalan sambil menjaga budak budak hehe kami pulang ke chalet masing2 untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti snorkeling pada esok hari. yey! oh malam itu kami berdua ber pillow talk agak lambat tidur hihihi.
15 Julai 2016
Alhamdulillah, masih dihidupkan dan diberi nikmat mata yang baik untuk melihat pemandangan di luar bilik. sunrise yang sgggggtttt cantikkk! (:
Sempat berjalan2 di tepi pantai bersama ayah banglong sambil memberi tazkirah subuh sambil melihat keindahan alam.
Selepas itu, kami bersarapan
…dan bersiap sedia untuk snorkelingggg yeyyy!
For the first time in my life untuk snorkeling ni.. agak nervous dan teruja serta eksaited! hehe.
Ada beberapa checkpoint yg kitorang pergi. coral point, shark point, turtle point dan Fisherman Village Beach.
And it was amaaaazinnggg! subhanallah.
Suddenly teringat ayat quran;
“Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.” (Luqman : 31)
|
By the way fisherman village beach tu kami singgah makan setelah penat bersnorkeling sambil menambah silaturrahim hehe. Yang penting aku, dak caca dan pak su adalah seorang yang mabuk air. hahaha. Asal bot berhenti lama sikit kitorang dah mula pening2. haha. Penyelesaiannya kalau nak berhenti lama atas bot better aku turun masuk ke dalam air. haha. Banyak kali jugaklah muntah2 tu tak pepasal ikan makan makanan dalam perut ni huhuhu. Walaupun tips mereka adalah pandang jauhh tengok hutan sanaaa hahaha tak jalaaann jugakkk. hihi.. nak makan pun kene paksa sikit untuk dapatkan tenaga walaupun rasa pening2. hihi
Selesai mendapatkan tenaga, kami menaiki bot untuk pulang ke chalet. Kami mengambil peluang untuk berehat dan pada waktu petang kami menjamu selera di tempat makan yg disediakan oleh pemilik chalet tersebut. Macam biasa, aku masih rasa pening2 untuk makan namun dipaksakan juaaa. hehe.
Malam itu, kami menemani anak2 maksu dan budak budak yang belum dewasa untuk menonton pertunjukan api. haha. Tapi untuk kali ni sekejap je hehe.
Dak anas : Jom tengok api!
Dak kira : Ko nak tengok api pergi dapur je laaa.
Hahaha. Kelakau. Tapi memang boring tengok pertunjukan api itew walaupun woww hebatnyaaa dia buat camne tuuu? but it was first impression only. Second impression, tengok langit lagi tenang hahahah. Oh by the way, masa kitorang sampai tu mat saleh sangat ramaaaaaiii berada di tepian pantai menjemurkan diri. Pada waktu malamnya, diorang candle light dinner with their partner or friend. haa. So macam tuu suasananyaa.
Habis menonton pertunjukan api, kami pulang ke chalet masing masing untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti seterusnya pula. Kali ni dak amnah tidur bersama kami so no more pillow talk. Kita sambung esok pillow talk hehe.
16 Julai 2016
Rutin pagi adalah tengok sunset dari luar bilik. cantik (:
Dan aktiviti untuk hari ni, kami menaiki bot dan bersnorkeling di Marine Park.
Sampai2 je tangkap gambar ramai ramaiii (:
Tapi disebabkan panas terik kami berenang di bawah jambatan sambil bagi makan ikan. Ikan banyak sangat berbanding di tengah tengah laut. Sekali bagi roti, sekumpulan ikan datang, yang besar yang kecil. Seram juga tengok ikan datang berkerumun kat tangan waktu bagi makan roti tu. haha. Yang kecil ok lagi yang besar tak ke dia makan sekali jari kita. Baru roti burger kang bagi roti john taktau la haha. Tapi best (:
Kat sini, belajar berenang dgn dak caca, tengok coral, Nemo kat selit2 batu. Comel dan cantik sangat! Aku memula tu pegang baju dak atie atau dak caca sambil berenang lelagi part berenang tengah2 laut tu. Dak caca paling selamba berenang tak pakai baju keselamatan tu hebat tak hebatlah kan. hehe.
Tapi seriuslah masa kat laut tu bila pakai google tu pastu tengok dalam laut tu macam terpana sebab cantikknyaa Allah cipta ikan ikan ni, coral kat dalam laut. (:
Dah selesai bermandi manda, makan roti, kami pun pulang ke chalet. Berehat. Pada waktu petang, aku, dak atie, dak amad dan anak2 maksu yang lain sambung lagi mandi di tepi tepi pulau hehehe. Hampir maghrib, kami naik atas untuk mandi dan bersiap untuk solat dan makan malam.
Pihak chalet menyediakan BBQ untuk malam terakir kami di sini. Sambil makan kami disajikan dengan karaoke drpd pelancong yg menetap di chalet kami. Oleh sebab lagu yang dinyanyikan tidak merdu, nyaring, pitching lari dan sebagainya hahah kami berpakat utk berjalan di tepian pantai dan dak abang nak belanja minum jus magga. Yey! (mohon jangan gembira lagi haha)
Dan kami semua berjalan di tepian pantai. Pasir kat pulau sangat halus dan lembut. Di tepi2 pulau ada restoran dan pub pub serta pertunjukan api. Sambil menunggu jus mangga siap dan ruang untuk kami semua duduk disediakan, kami berjalan di tepian pantai sambil dak caca memberi sedikit tazkirah tentang kekuasaan Allah. (:
Tazkirah dimulai dengan ayat quran :
Sedang leka mendengar dak caca menyampaikan tazkirah dan tengok langit (nampak bintang kiblat, yg mana kalau waktu malam ada tiga bintang berderet itulah bintang kiblat!),
Tiba-tiba, dak anas jerit dari jauh, “AIS DAH HABISSSS!”
Maka penantian jus mangga berakhir di sini. Tiada rezeki buat kami utk merasa jus mangga hehe. Maka kami semua pulang ke chalet masing-masing utk berehat. Tapi belum tamat debaran itu, dak auni dan dak atie tiba tiba hilang dalam perjalan pulang ke chalet! dan, selipar uwaeis pula tercicir semasa pulang ke chalet. kami cari bersama dan jumpa! Alhamdulillah, dan dak auni bersama dak atie rupanya di pintu masuk nak ke chalet sedang duduk di bangku. Risau, alhamdulillah jumpa! penuh debaran malam itu. cewah macam drama tak ? haha (:
17 Julai 2016
Pagi pagi lagi dah intai luar bilik tengok sunrise yg subhanallah sangat cantik. Pagi tu aku dan dak atie turun bawah jalan jalan tepi pulau sambil melihat keindahan ciptaan tuhan dan kebetulan mak pah pun ada. Sambil sebahagian drpd mereka bermandi manda aku lebih gemar berada di tepi pantai sambil mengambil gambar. Entahlah cantik sangat tau laut dia rasa tak boleh move on lagi dgn kecantikan dia tu. Lautnya dahlah biru. Atau sebab aku memang suka sangat laut dan alam (?) hihi.
Selesai bermandi manda, semua naik atas bersiap siap dan bersarapan di kafe yg pihak chalet sediakan.
Hari ni last day kami di pulau perhentian, sobs.
Masing masing mengemas barang untuk pulaaang. Sambil menunggu bot sampai kami mengambil gambar bersama. (:
Bot tiba dan kami naik ke dalam bot. Byeee pulaaaaaaauuuuu… Jumpa lagiiiiiii…. :’)
Pengalaman sekali seumur hidup ! Kalau nak banyak kali kene kumpul duit hehe.
Sampai di jeti, masing masing membeli oleh-oleh untuk keluarga. Kami diberikan masa 15 minit. Selesai mebeli belah, kami mengangkut barang-barang masuk ke dalam van dan bertolak ke kedai menjual keropok lekor. Dan seterusnya singgah makan di restoran tepi jalan.
Destinasi yang dituju iaitu ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan. Kenapa Kelantan? kan Besut dekat Terengganu? Betul, tapi perjalanan daripada lapangan terbang ke jeti lebih dekat. ini tips! kalau nak tau lebih google je tips ke pulau perhentian. Banyak! (: (sempat lagi bagi tips tau kemain)
Alhamdulillah. Kami naik kapal terbang dan selamat mendarat ke klia2.
Masing2 pulang ke kampung halaman dan kembali ke rutin asal hehe. Alhamdulillah.
“Nikmat tuhanMu yang manakah yang kau dustakan?” (:
Sebelum itu, Terima kasih banyak banyak dan Syukran Jazilan untuk :
1) Banglong dan along sebab ‘paksa’ pergi. hehe.
2) Ayah banglong belanja makan kat gerai tepi jalan dan lepas snorkeling tu kat kampung village serta jaga keselamatan semua serta bagi layanan macam family sendiri (:
3) Mak bang long yang layan acik dah macam family sendiri. hihi
4) Maksu sebab dapat jaga anak anak maksu yang super comel! dak auni, dak affaf, dak abid dan dak anas. hehe. dak anas takyahlah nakal sangat :p
5) Dak atie sebab teman pillow talk sampai lewat malam, teman jalan jalan tepi pantai hehe.
6) Dak caca sebab ajar berenang, bagi pegang baju sambil berenang ke tengah2 pulau masa tgok coral cantik tu. hehe
7) Dak kira sebab bagi roti yang dah separuh kat tangan dia sebab nak jugak bagi makan ikan hahaha.
8) Dak amnah sebab uwaeis paling suka kat dia sobbss. hahaha. pastu tidur dgn kitorang masa hari kedua (:
8) Dak syamir sebab bagi gambar banyaaaak dan tak delah cantik sgt. cantik lagi gambar dak abang ambik hahaha. gurau.
9) Mak pah sebab ada anak bernama dak amad yang kelakau. Tak habis habis ayat dia mcm “huwa” kalau sebut huruf dalam jawi “hawaw”. haha
10) Mak non yang panggil acik dak acik. dah macam family sendiri pulak dah hehe (:
10) Paksu yang bersabar menjaga semua anak-anak maksu. Eh, ni macam ucapan maksu untuk paksu hahaha. :p takpelah boleh lah kan. hehe
Kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye. terima kasih semua <3 3="" font="" nbsp="">3>
p/s : nak post dan gambar yang lengkap boleh buka di sini (:
1 comment:
Panjang gile.. Xbaca pn.. Tp asal ada satu je post ko?
Post a Comment