Wednesday, July 30, 2025

My 3rd Birth Journey - Aina Maryam

Bismillah. Untuk ke-sekian-kalinya. Hehe. Rindunya blogging!

Alhamdulillah tsummal hamdulillah. I am mother for 3 kids now. 

1. Anas Malique (5 years - 28/11/2020)

2. Amna Medina (2 years - 08/02/2023)

3. Aina Maryam (10 days - 28/06/2025)

Untuk anak ketigaku; journey untuk melahirkan dan bersalinkan tidak ada yang mudah dan tiada yang tidak sakit.

Isnin | 23 Jun 2025 

Datang ke office seperti biasa. Tiba tiba tengah jawab call rasa perut mengeras dan contraction. Rupa rupanya false contraction. Sakit yang datang sekejap sekejap tapi tak sakit sangat. Sakit yang consistent. Sangatlah mengelirukan. Masa anas dan amna tiada false contraction bila sakit datang terus sakit yang terus perlu ke hospital. Tapi sebab rasa contraction, terus amek break utk ke toilet, ambil biskut dan kurma di pantry. Sebab rasa mungkin baby lapar jadinya marilah kita makan. Tapi sakit datang lagi tapi sakit yg consistent dan mengeras juga. Take a break ke toilet tapi takde rasa cirit atau apa hanya buang air kecil dan menahan sakit. Akhirnya, ambil keputusan bagitau Arif untuk ambil dan pulang sebab rasa contraction. Bagitau juga supervisor dan salam kawan kawan semua dan malam itu ambil keputusan ke hospital untuk cek ada bukaan atau tiada dan setelah cek bukaan baru 1 cm dan doktor maklum perlu pulang semula dan datang semula jika ada sebarang tanda seperti contraction datang kerap dan sakit, pecah ketuban atau tumpah darah.

 

 
 
 


Hari demi hari, sakit semakin berkurang sampai maklum pada SV boleh ni masuk kerja semula 😆. Tapi SV maklum tak pe tak perlu. Lagi pun dah ambil cuti pre bersalin (yg mana rupanya tak lulus ya sebabnya tak dapat surat drpd doktor kitanya buat surat sendiri dan apply terus di hrms haha, makanya cuti 3 hari itu 23-26 Jun itu tolak daripada cuti tahunan 🤪)

Jumaat | 27 Jun 2025

Sebelum tidur aku ada jamah beberapa ulas buah nenas dan sebelum tidur perut memulas hahah cari pasal. Tapi memang perut sakit mengeras dan ada false contraction tapi kali ni mcm lebih sakit. Lepastu bila hilang sakit, terus tidur dan esoknya tak sakit dah.

Sabtu | 28 Jun 2025

5.39 petang perut rasa sakit dan mengeras setiap 5 minit. Guna apps count contraction setiap 5 minit sakit tu datang. 


 


Sakit yg bukan consistent tapi sakit yang semakin sakit rasa macam bukaan 5 cm dah. Masa tu ikut tokma pergi jalan jalan beli ayam di halal mart dan sempat makan burger dan fries di jalan kebun. Haha. Arif habis view pun terus datang di restoran sebab dah maklum sakit contraction dah datang ni. Lepas makan decide untuk balik, ambil beg, solat asar dan terus pergi ke PAC di HTAR. 

6.30 pm - Cek bukaan rupanya baru 3 cm. Kebetulan hari tu cuti awal muharram. Wad tak ramai dan lengang. Alhamdulillah. Dapat rasa nurse betul betul fokus kat aku dan dapat layanan yang sangat baik daripada sebelum, semasa dan selepas bersalin. Layan contraction sorang2 dan nurse dah stanby katil untuk tolak ke labour room. 


 

Kali ni contraction memang betul betul layan. Sikit sikit sakit tu datang. Semakin kerap dan semakin sakit dan makin sakit. Tuhan sahaja yang tahu. Rate contraction 11/10. Sakit sangat. 

Tapi dalam layan contraction yang sakit tu doa ni sangat2 membantu dan bagi diri ni kekuatan. 

Bila sakit contraction datang masa sedut oksigen tu fokus pada kekuatan walaupun sebenarnya sakit sangatBila dah 8 cm betul2 rasa nak meneran. Nurse terus panggil nama “Asmaaa’, awak nak meneran dah ke?” “Nurse, yaa saya dah tak tahan ni” “ok, sini baring atas katil” dan nurse cek bukaan 8 cm. Dan terus tolak ke labour room.

Alhamdulillah, Arif pun dapat masuk labour room kali ni tahla betul2 dapat kekuatan, teran pun aku ingat step, alhamdulillah lahirlah Aina pada pukul 9.49 pm berat 2.6 kg pada 2 muharram 1447 AH dan normal delivery - takde koyak dan jahit sikit sangat.

Masuk wad pun katil kosong banyak lagi. Wad tingkat 5 katil no 7. 

Bagi susu kat Aina, lepastu kuatkan diri bangun tukar pad (darah banyak sgt siap nak bangun tu darah tumpah kat lantai wad 😭). Lepas bersihkan diri, mandi. Dalam jam 12.00 am selesai semua, sakit renggat pula datang macam sakit contraction juga. Pedih. Tahan lagi sakit. Ingatkan dah habis sakit huhu. Doktor datang cek bawah , seluk semua (yg ni rate sakit adalah 9/10) dan baru lah rehat tapi aku rasa malam tu aku tak boleh tidur sebab sakit belakang katil bukan dalam posisi menelentang tapi separuh tegak (aku perasan balik tu baru sakit belakang terasa sangat)

Ahad | 29 Jun 2025

Nurse maklum boleh discharge ibu sahaja. Sebab baby ada problem - muntah brownish. Sekali buih dan kali kedua ketiga muntah warna brownish. Sedih sebab balik tanpa baby. Selepas 4 hari baby warded. Baby boleh discharged dan pulang je pangkuan aku. Alhamdulillah

Selasa | 8 Julai 2025

Harini hari ke-10 baby. Kami namakan baby Aina Mariam pada hari ke-9. Semoga Aina membesar dengan baik, dan menjadi anak yang solehah pada ayah dan bunda. Aminn. 

 





 



No comments: