Saturday, January 24, 2009

aktiviti sekolah.

oh post baru lagi. hehe

salam sume. wee.. nak cerita pasal sekolah. pada jumaat hari tu sekolah adakan merentas desa. fush jauh tu nak merentas nya. dari tahun lepasnya macam agak dekat. adeh~ takpe2 teruskan usaha. hehe. dan kami lalu ikut pintu depan sekolah dan sampai lalu pagar belakang sekolah. memang agak advanture ah. hehe hari rabu lepas kitorang latihan je dulu. masa nak latihan tu ah yang dahsyat. baru nak keluar pagar. tiba2 hujan turun dengan lebatnya. mula tu ingat patah balik. rupanya perjalanan diteruskan. memang basah kuyup habis ah. tapi ni pengalaman manis juga berlari bersama kawan. oh best2. hehe. kawan ku atyn promote nama jap. ngehe dia suka bawa sapu tangan. kemana saja. tanpanya tak dapat hidup. hahah lebih lak huraian dia. oleh kerana bawa. jadi sapu tangan tu siap boleh perah uh. ush. dah gelak2 dah time tu. macam basuh baju pula. huhu.

***

rentas2 dan rentas. lalu kawasan perumahan. nampak anjing. dan cikgu2 dan beberapa pelajar jaga checkpoint. dan kami berlari. best lari2 ni. rugi siapa jaga checkpoint tu. huhu. akhirnya sampai lah ke sekolah. malam tu kepala dah sakit yang sangat. dan demam telah melanda. haha ayt apa ah ni. ataupun dipanggil fever. betul tak? huhu. salah tolong ajar ek. hee..

***

esoknya suara bertukar. mula selsema dan sebagainya. jumaat tiba~
dengan semangat dan kental. wahah aku dan rakan2 lain merentas desa. rentas punya rentas. punya rentas. heh. aku sudah hampir ke hadapan. aku hanya fikir aku bakal berjaya di depan. itu motivasi buat aku pada masa itu. biar apa orang kata kita. yang penting diri kita berjaya. huhu.

***

sampai satu laluan perumahan. aku berlari. sampai penat berjalan semula. tenaga bertambah lari lagi. dan seterusnya. huhu. asyik sangat berlari. rupanya aku sudah tinggalkan kawan2 ku yang lain. huhu. teruskan usaha! hehe. bila lalu di perumahan tu. aku bertembung seorang budak lelaki form 1. semangat dia lari. aku pun berlari sama dan dia terkebelakang. tapi aku niat bukan nak kalahkan dia tapi untuk kehadapan. rupanya aku dan dia bersaing bersama. tatkala die kedepan dia memandang aku dengan pandangan"slack". uhh. dengan muka pelik aku pandang dia semula. dalam hati "asal lah budak ni.. lek ar bro." huhu.

***

lari dan lari. aku nampak wanie. huhu. aku cakap "nak lari cakap tau. nak lari sama gak. huhu." jadi lari dan lari bersama. namun aku telah ke hadapan jua.

***

akhirnya lagi beberapa jarak lagi aku bakal sampai ke garisan penamat. aku ternampak 2 orang budak perempuan tak kenal. hee~ berjalan. aku mula pecut. akhirnya!!! sampai!! alhamdulillah. dapat tempat ke-10 peringkat menengah bagi perempuan. wah.. kagum jap. dan nombor satu ain rahman. bagus ah! tahun lepas juga aku berjaya juga. tapi tempat ke belas2. result meningkat. huhu. tahun depan cuba lagi.. wee~


jadi, setiap apa yang kita buat. buat sungguh2. jangan putus asa. chayok2! heh. hanya fikir kejayaan bakal tiba. man jadda wa jada.. wah masuk ayat2 pula. huhu.

sekian,
Diala

No comments: